
AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB merupakan salap atau balm berwap berasaskan daun bidara. Daun Bidara merupakan herba yang telah lama diguna oleh pengamal pengubatan islam dalam iktiar rawatan bagi penyakit jasmani dan spiritual.
Secara ringkasnya AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB dapat digunakan sebagai ikhtiar untuk kelegaan bagi SELESEMA, BATUK, KULIT MEREKAH, JERAWAT, SAKIT OTOT, LEBAM PADA KULIT, PENING KEPALA, KULAT PADA KUKU KAKI, GANGGUAN SPRITUAL, GANGGUAN EMOSI dan lain-lain.
Penggunaan AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB adalah untuk luaran sahaja dan bukan untuk dimakan. Sapu AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB pada bahagian tubuh yang bermasalah sebagai ikhtiar untuk mencapai kelegaan dengan izin ALLAH swt jua. AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB walaubagaimanapun tidak boleh digunakan untuk bayi di Bawah umur 3 tahun.

Pembeli tidak hanya akan terima Produk Azzahra Bidara Vapour Rub, malah turut menerima faedah-faedah berikut
MENJADI AFFILIATE SECARA SUKARELA
Setiap pembeli yang membuat pembelian produk Azzahra Bidara Vapour Rub akan dilantik menjadi AFFILIATE secara sukarela. Affiliate adalah Ejen Jualan yang mempromosikan produk secara ONLINE dan menerima komisyen bagi setiap jualan yang terhasil.
MENDAPAT KOMISYEN JUALAN YANG LUMAYAN
Azzahra Bidara menetapkan komisyen jualan pada kadar 80% dari Harga Jualan produk. Apabila produk Azzahra Bidara Vapour Rub dijual pada harga RM100.00 maka komisyen jualan adalah sebanyak RM80.00
JAMINAN PENERIMAAN KOMISYEN JUALAN
Transaksi pembelian produk diproses melalui BEG KUNING AFFILIATE di TikTok. Pihak TikTok yang akan menerima pembayaran dan pihak TikTok juga yang akan mengagihkan Komisyen Jualan kepada AFFILIATE dan bukannya pihak pengeluar produk. Komisyen ini akan dimasukkan ke Akaun TikTok Affiliate dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat pihak TikTok.
PULANGAN BERGANDA MELALUI PROGRAM INFAQ DAN KONGSI REZEKI
Azzahra Bidara memperkenalkan Program Infaq dan Kongsi Rezeki yang akan memberikan pulangan berganda kepada setiap Affiliate melalui pengagihan komisyen 2 peringkat
MEMBINA RANGKAIAN AFFILIATE SENDIRI
Melalui Program Infaq dan Kongsi Rezeki, setiap peserta secara tidak langsung akan membina ikatan ukhwah dan saling bantu membantu dalam rangkaian peserta. Rangkaian ini adalah amat penting dan peserta dapat memanfaatkannya untuk program-program lain khasnya dalam membina kerjaya dan pendapatan. Peserta akan mula faham tentang manfaat adanya rangkaian ini setelah terlibat secara aktif dalam Program Infaq dan Kongsi Rezeki.
MENCARI REZEKI HALAL DAN BARAKAH
Sesuai dengan nama Program Infaq dan Kongsi Rezeki, peserta akan memanfaatkan sepenuhnya konsep Infaq dan Kongsi Rezeki dalam rangkaian peserta program. Peserta akan dapat melihat, terlibat, mengalami dan merasai sendiri betapa dengan amalan Infaq dan Kongsi Rezeki, pulangan kepada peserta bertambah berlipat ganda berbanding bertindak sendiri.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)
MEMBANTU ORANG LAIN MENDAPATKAN PELUANG PENDAPATAN MELALUI JUALAN PRODUK SEBENAR
Jangan berikan ikan, tetapi berikanlah kailnya. Melalui penyertaan ke dalam program ini peserta tidak hanya dapat mengambil manfaat untuk diri sendiri tetapi juga dapat membuka peluang kepada orang lain untuk turut sama terlibat dalam usaha mencari rezeki halal melalui jualan produk sebenar.
PELUANG BERNIAGA DI INTERNET TANPA PERLU MODAL BANYAK DAN SIMPANAN STOK
Dengan menjadi Affiliate Azzahra Bidara, peserta sebenarnya sedang terlibat dalam berniaga untuk mencari rezeki. Bezanya perniagaan ini tidak memerlukan modal besar. Peserta tidak perlu ada kedai, pekerja, stok barang dan sebagainya kerana urusan penjualan berlaku dan diproses di internet.
BIMBINGAN PERCUMA UNTUK MENGHASILKAN VIDEO A.I. DAN PROMOSI SECARA DIGITAL
Setiap pembeli yang membuat pembelian produk Azzahra Bidara Vapour Rub akan dibimbing bagaimana untuk menjadi Affiliate berjaya. Affiliate akan di ajar bagaimana untuk menghasilkan Video A.I. promosi produk Azzahra Bidara Vapour Rub, cara setup iklan beg kuning di TikTok dan cara mempromosi produk di Whatsapp. Kesemua ini di ajar melalui Video Tutorial dan akan sentiasa dikemaskini di laman web supaya sesuai dengan suasana semasa.

Program Infaq dan Kongsi Rezeki dirangka supaya setiap peserta program berupaya memperolehi pulangan berganda melalui pengagihan komisyen 2 peringkat
KONSEP PROGRAM
Program ini menggunakan konsep: "KONGSI REZEKI, BUKAN PAKSAAN".
Kami tidak menjanjikan pendapatan tetap atau pendapatan mudah. Pendapatan Affiliate bergantung kepada jualan sebenar yang berjaya dibuat. Semakin banyak jualan yang berjaya dibuat, semakin banyak komisyen yang berpotensi diterima daripada TikTok, tertakluk kepada kadar dan terma TikTok Shop yang berkuat kuasa.
KENAPA KAMI WUJUDKAN PROGRAM INI?
Kami percaya setiap rezeki yang diberi Allah s.w.t. boleh dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama. Melalui program ini, kami juga ingin memberikan peluang kepada pembeli untuk:Kami percaya setiap rezeki yang diberi Allah s.w.t. boleh dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama. Melalui program ini, kami juga ingin memberikan peluang kepadapembeli untuk:
✓ Mendapatkan produk Azzahra Bidara ✓ Menjadi Affiliate secara sukarela ✓ Mendapatkan komisyen melalui jualan produk ✓ Membina rangkaian Affiliate sendiri ✓ Berkongsi sebahagian rezeki dengan Leader ✓ Membantu orang lain mendapatkan peluang pendapatan melalui jualan produksebenar
Program ini diwujudkan dengan konsep mudah:
Beli → Jadi Affiliate → Jual → Terima Komisyen → Kongsi Rezeki
PENYERTAAN ADALAH SUKARELA
Penyertaan dalam program ini adalah secara sukarela dan tanpa paksaan. Anda tidak diwajibkan untuk menjadi Affiliate. Anda juga tidak diwajibkan untuk meneruskan penyertaan jika anda tidak mahu. Program ini adalah satu pilihan untuk mereka yang berminat menggunakan platform TikTok bagi memasarkan produk Azzahra Bidara sambil mengamalkan konsep infaq dan kongsi rezeki.
PERKARA YANG PERLU DIFAHAMI
Tiada pendapatan tetap atau keuntungan yang dijamin. Komisyen bergantungkepada jualan yang berjaya dan bayaran komisyen daripada TikTok. Pesertahendaklah memasarkan produk dengan cara yang jujur dan tidak mengelirukan.Sebarang perkongsian rezeki kepada Leader adalah berdasarkan konsep dan termaprogram yang dipersetujui.
Peserta hendaklah mematuhi terma dan polisi TikTok Shop yang berkuatkuasa.

PEMBELI --> AFFILIATE --> LEADER --> PENGEDAR PRODUK
PEMBELI
Pembeli adalah mereka yang menonton video A.I. dan kemudian berminat untuk membeli produk dan menyertai Program Infaq dan Kongsi Rezeki yang dirangka oleh AZZAHRA BIDARA. Transaksi pembelian dibuat melalui BEG KUNING TikTok
AFFILIATE
Ejen Jualan yang dilantik oleh AZZAHRA BIDARA selepas mereka membuat pembelian produk Azzahra Bidara Vapour Rub. Promosi produk oleh AFFILIATE dibuat secara Video Promosi A.I. yang disertakan dengan BEG KUNING TikTok. AFFILIATE dibantu bagaimana untuk menghasilkan video A.I. secara video tutorial lengkap. Bagi setiap transaksi jualan, AFFILIATE akan menerima Komisyen pada kadar 80% yang dibayar oleh TikTok.
LEADER
Ejen Jualan asal yang telah menjual sebelumnya produk Azzahra Bidara Vapour Rub kepada AFFILIATE. Bagi menghargai usaha LEADER dalam memperkenalkan produk Azzahra Bidara Vapour Rub termasuk Program Infaq dan Kongsi Rezeki kepada AFFILIATE, maka AFFILIATE DIWAJIBKAN menginfaq sebahagian dari komisyen jualan kepada LEADER
PENGEDAR PRODUK
AZZAHRA BIDARA adalah pengeluar dan pengedar produk AZZAHRA BIDARA VAPOUR RUB. AZZAHRA BIDARA adalah pihak yang merangka Program Infaq dan Kongsi Rezeki. Penerangan lengkap tentang Produk dan Program Infaq dan Kongsi Rezeki dibuat secara DIGITAL oleh pihak AZZAHRA BIDARA. LEADER dan AFFILIATE tidak perlu membazir masa dan tenaga untuk memberi penerangan kepada bakal PEMBELI
AZZAHRA BIDARA juga turut memberi bimbingan secara DIGITAL melalui Video Tutorial lengkap agar Affiliate baru dapat menghasilkan Video Promosi produk secara A.I., Penghantaran produk ke alamat PEMBELI juga akan diuruskan oleh AZZAHRA BIDARA

Apabila anda membeli Azzahra Bidara Vapour Rub melalui Beg Kuning TikTok, anda akan diberikan peluang untuk menjadi Affiliate Azzahra Bidara. Sebagai Affiliate, anda boleh memasarkan produk Azzahra Bidara melalui Beg Kuning TikTok anda sendiri.
Apabila seseorang membeli produk melalui Beg Kuning anda, TikTok akan membayar komisyen kepada anda berdasarkan kadar komisyen Affiliate yang ditetapkan. Azzahra Bidara telah menetapkan bahawa Affiliate akan menerima 80% komisyen dari Harga Jualan.
Contoh mudah:
Harga jualan produk = RM100 Komisyen Affiliate 80%: RM100 × 80% = RM80
AFFILIATE perlu ambil RM50.00 daripada Komisyen yang diterima dan baki selebihnya perlu dikreditkan ke akaun Touch 'n Go eWallet milik Leader beliau
TUGAS AFFILIATE
Affiliate asal yang memperkenalkan dan membantu Pembeli menyertai program ini akan menjadi Leader kepada Pembeli, bila mana Pembeli dilantik menjadi Affiliate baharu. Di dalam Program Infaq dan Konsi Rezeki, Affiliate adalah individu yang memainkan peranan utama selepas pengeluar dan pengedar produk. Affiliate bertanggungjawab untuk mengurus dan mengagih komisyen jualan yang diterima daripada pihak TikTok bagi memastikan Program Infaq dan Kongsi Rezeki dapat berjalan lancer.
Bagi setiap transaksi komisyen jualan yang diterima, bahagian komisyen Affiliate adalah sebanyak RM50.00 sahaja. Lebihan komisyen jualan adalah hak Leader yang telah berusaha untuk memperkenalkan dan membawa Affiliate baharu ke dalam program infaq dan kongsi rezeki.
Affiliate perlu jujur dan ikhlas dalam mengikuti Program Infaq dan Kongsi Rezeki kerana BARAKAH dalam rezeki yang diterima adalah bergantung sejauh mana Affiliate jujur dan ikhlas
RINGKASAN :
Harga jualan produk = RM100 Komisyen Affiliate 80%: RM100 × 80% = RM80
Daripada RM80 tersebut:
RM50 → bahagian Affiliate(RM50.00 adalah jumlah tetap pada setiap masa) RM30 → lebihan komisyen dikongsi kepada Leader(jumlah tidak tetap, bergantung kepada Komisyen sebenar diterima)
